Sunday 29 January 2012

Tugasan 1-Ulasan tentang blog 5 buah sekolah

Saya telah lawati 5 blog sekolah iaitu :
1. SK Taman Jasmin, Kajang.                       ( http://sktamanjasmin.blogspot.com/ )
2. SK Seksyen 7, Bangi.                               ( http://sks7bangi.blogspot.com/ )
3. SK Pengkalan Kubor 1.                            ( http://skpengkalankubor1.webs.com/apps/blog/ )
4. SK Slim Village, Slim River, Perak.           ( http://sksv.blogspot.com/ )
5. SK Ulu Bernam, Ulu Bernam, Perak.         ( http://sk-ulubernam.blogspot.com/ )

Blog SK Taman Jasmin, Kajang cantik warnanya. Ia juga mempunyai pelbagai kemudahan seperti pelajar UPSR dapat mengetahui keputusan UPSR sendiri dengan menggunakan blog sekolah untuk capai ke website yang berkenaan. Ia membolehkan pengguna capai ke portal PPD, JPN dan Kementerian.

Latarbelakang blog SK Seksyen 7, Bangki berwarna biru, ia tidak dimasukkan warna-warna lain untuk menyerikan lagi blognya. Kandungan dalam blog agak kurang, gambar-gambar program tidak dijelaskan sekeping demi sekeping. Dengan melayari blog sekolah ini, kita dapat capai ke portal Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dan juga Kementerian Pelajaran Malaysia.

Blog SK Pengkalan Kubor 1, Tumpat, Kelantan nampaknya tidak dikemaskini selalu, kebanyakkan kandungannya adalah bahan-bahan tahun 2009 dan 2010. Ia tiada kemudahan untuk capaian ke website lain. Ia juga berlatar belakangkan warna hijau yang kurang menarik.

Blog SK Slim Village berlatar belakangkan warna hitam, ia kurang menarik kerana selain warna hitam, tidak ada warna lain yang diselitkan supaya nampak lebih seri muka blog itu. Nampaknya blog SKSV tidak dikemaskini sejak blogger SKSV telah bertukar ke SK Lambor Kanan mulai 5 Januari 2011.Nampaknya sejak itu, blog SKSV tidak diaktifkan lagi.

Blog SK Ulu Bernam, Ulu Bernam berlatar belakangkan warna hitam, warna yang dipilih ini kurang menarik. Blog sekolah ini ada dikemaskini. Berita-berita mengenai progam yang diadakan dapat dibaca melalui blog sekolah ini. Pengguna blog boleh memasukkan berita terkini dalam Info Terkini yang disedikan.

Antara 5 blog sekolah yang saya lawati, saya dapati blog SK Taman Jasmin,. Kajang adalah yang terbaik.  Warna untuk paparan yang dipilih oleh sekolah tersebut adalah lembut. Sekolah tersebut juga ada paparkan laporan dan gambar-gambar berkenaan program-program yang diadakan. Tambahan pula, mereka juga paparkan keputusan peperiksaan UPSR tahun lepas dengan mencatatkan peratus kelulusan keseluruhan, kelulusan semua mata pelajaran. Pelajar boleh juga mengetahui keputusan UPSR sendiri dengan kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah dalam blog sekolah. Melalui blog SK Jasmin, Kajang, kita juga dapat capai portal Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dan juga Kementerian Pelajaran Malaysia.






No comments:

Post a Comment