Monday 30 January 2012

Tugasan 2-Ulasan laman web 5 buah sekolah

Laman web 5 buah sekolah yang saya lawati ialah :
1. SMK Telok Air Tawar, Butterworth
    ( http://mar1998.tripod.com/index.html )
2. SK Tanjong Mas, Taman Uda Murni, Kota Bharu, kelantan
    ( http://millennium.fortunecity.com/lincoln/348/ )
3. SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa, kelantan
    ( http://welcome.to/sacsmstmfp/ )
4. SMK Kolam Air, Batu Pahat, Johor.
    ( http://armasd.tripod.com/index.html )
 5. SJK(C) Hai Ping, Sungai Besar, Selangor
    ( http://members.tripod.com/~HaiPing_2/ )

Laman web SMK Telok Air Tawar ada bahagi kepada latar belakang, piagam dan falsafah, staf, kurikulum, kokurikulum, takwim dan panorama. Kita dapat melayarinya satu persatu. Kita juga dapat capai ke beberapa website melalui website SMK Telok Air Tawar. Ia juga ada sedikan mesra net dimana pengguna boleh menggunakannya untuk terus capai ke website yang dikehendakki. Sementara ini, pengguna dapat lihat beberapa jenis resepi makanan.

Laman web SK Tanjong Mas cantik pada muka hadapan dimana gambar bunga-bunga mawar digunakan untuk menghias laman webnya. Melalui fortune city.com yang disediakan, pengguna dapat layari website lain dengan kemudahan yang disediakan. Ia juga ada sediakan satu tempat untuk pengguna menghantar komen mereka untuk diambil sebagai rujukan mereka. Laman web SK Tanjong Mas ada juga sediakan free cursors untuk pengguna bermain dengan permainan yang disediakan.

Laman web SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra berlatar belakangkan warna hitam. Dalam "the jeff hobrath art studio" yang disediakan, pengguna akan namapak "portfolio, about, shop" , dimana melalui "portfolio" yang tersedia, pengguna dapat masuk ke website lain, manakala "shop" pula, pengguna dapat mencari barang yang hendak dibeli denga melalui "shop" yang tersedia.

Laman utama laman web SMK Kolam Air berlatar belakangkan warna hijau. Laman web ini ada sediakan laman utama, latar belakang sekolah, piagam pelanggan dan sebagainya. Pengguna dengan senang dapat layar ke mana-mana muka surat yang dikehendaki dengan klik pada "next". Tambahan pula, pengguna dapat melayari laman web ini sambil mendengar muzik muzik akan dimainkan apabila pengguna pelayari laman web ini.

Warna yang dipilih untuk laman utama laman web SJK(C) Hai Ping, Sungai Besar, Selangor adalah lembut. Dalam laman web ini, ada dipaparkan senarai guru dan gambar-gambar guru sekolah. Ia juga ada paparkan beberapa perkara penting seperti senarai nama Guru Besar, keputusan UPSR dan sebagainya. Tidak banyak gambar yang dipaparkan, juga tidak dipaparkan gambar-gambar dan laporan program sekolah. Pengguna juga dapat mendengar muzik sambil melayari laman web ini kerana apabila dilayari, muzik akan dimainkan.

Antara kelima-lima laman web sekolah yang telah saya layari, didapati laman web SMK Kolam Air adalah antara yang terbaik dengan warna pada laman utama, dan kemudahan yang disediakan. Tambahan pula, muzik dapat didengar apabila pengguna melayari laman web sekolah SMK Kolam Air.


No comments:

Post a Comment